Friday, April 25, 2008

FAKTA PENTING DAN MENARIK SEPANJANG 56 TAHUN PAS (SIRI 1)

FAKTA PENTING DAN MENARIK SEPANJANG 56 TAHUN PAS (SIRI 2)

1. Tahukah kita bahawa Prof Dr. Burhanuddin Al Helmy menyertai PAS pada Disember 1956 setelah dilamar oleh kepimpinan PAS ketika itu untuk dilantik sebagai YDP Agung bagi menggantikan Dr Abbas Alias. Beliau hanya sempat menjadi ahli PAS selama beberapa hari sahaja. Antara yang bertanggungjawab membawa Dr Burhanuddin ke dalam PAS iaitu Hj Hassan Adli, Ketua Pemuda pada ketika itu walaupun mendapat tentangan daripada beberapa orang pimpinan seperti Ustaz Abdullah Othman (Setiausaha Agung ketika itu) dan Ustaz Ahmad Azam Hanafiah. Manakala orang yang diamanahkan untuk melamar Dr Burhanuddin ialah Ustaz Baharuddin Latif (abang Hj Subki Latif) dan Ustaz Abdul Wahab Noor.


2. Dewan Muslimat PAS hanya ditubuhkan selepas kira kira 6 tahun penubuhan PAS iaitu pada 13 Disember 1957 di Batu 20 Bagan Datok, Perak yang bertujuan untuk menyatukan seluruh kaum muslimat di negara ini. Ketua Muslimat yang pertama ialah Ustazah Zubaidah Ali (isteri kepada Ustaz Ahmad Azam, bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu dan ADUN PAS Terengganu 1959-1964). Beliau dan suaminya sekarang tinggal di Teluk Gadong, Kelang.


3. PAS pernah memiliki seorang pimpinan yang berbangsa Cina. Pimpinan yang dimaksudkan ialah Hj Mansor Hassan Kwantung atau lebih dikenali sebagai Hj Mansor J.P. Beliau telah dilantik menjadi TYDP Agung PAS pada Januari 1953.


4. Pada 3 Julai 1967, suatu peristiwa yang memeranjatkan negara apabila Ketua Pemuda PAS ketika itu yang juga seorang Ahli Parlimen, YB Abdul Samad Ghaul Ahmad Mianji telah dibunuh dengan menggunakan sebilah kapak ketika beliau berjalan menuju ke keretanya setelah memberi ceramah di Bangunan Zulkifli, Kota Bahru. Pembunuhnya sehingga kini tidak dapat dikesan.


5. Berikut adalah senarai pimpinan PAS yang pernah dilantik sebagai Menteri Besar samada di Kelantan ataupun Terengganu. MB PAS Kelantan iaitu Dato Ishak Lofti Omar, Dato Asri Hj Muda, Dato Hj Muhammad Nasir dan Tn Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala bagi MB PAS Terengganu ialah Mohd Daud Abdul Samad dan Tn Guru Dato Hj Abdul Hadi Awang. Diantara kesemuanya Dato Nik Abdul Aziz adalah MB yang paling lama berkuasa iaitu telah melebihi 17 tahun dan Mohd Daud adalah yang paling singkat iaitu hanya 2 tahun sahaja.


6. Putera Sultan yang pernah menjadi Pesuruhjaya PAS ialah Tengku Abdul Hamid ibni Sultan Abdullah. Beliau telah menjadi Pesuruhjaya PAS Pahang selama 2 tahun yang berakhir pada tahun 1965. Beliau terpaksa meletakkan jawatan atas nasihat kekandanya Sultan Abu Bakar bagi menjaga nama baik istana kerana penyertaannya ke dalam PAS tidak disenangi oleh parti pemerintah, Umno.


7. Johor adalah negeri terakhir di Semenanjung Malaysia untuk PAS memenangi kerusi iaitu pada Pilihanraya Umum 2004 di DUN Senggerang melalui Dr Ramli Kari. Bagi Melaka dan Negeri Sembilan, PAS pernah mempunyai wakil pada Pilihanraya Umum 1974 melalui Dr Muhammad Nor Nordin (DUN Tanjung Minyak) bagi Melaka dan Hj Azahari Hamzah (DUN Pasir Panjang) bagi Negeri Sembilan.


8. Pada 1 Januari 1973, YDP PAS ketika itu Dato Asri Hj Muda telah membawa PAS untuk menyertai kerajaan campuran PAS-Perikatan. Hasil daripada pembentukan kerajaan campuran ini, beberapa wakil PAS telah dilantik menjadi Exco di beberapa buah negeri. Mereka adalah Dato Abu Bakar Umar dan Ahmad Shukri di Kedah manakala Ustaz Omar Shukri dan Ustaz Kassim Ahmad bagi Terengganu. PAS pula melantik 2 orang wakil Umno sebagai Exco di Kelantan iaitu Dato Husein Ahmad dan Muhammad Idris.


9. Pada 1968, seramai 5 orang ADUN PAS Kelantan yang terdiri daripada seorang Speaker DUN, 2 orang Exco dan 2 ADUN telah tahan di Kuala Lumpur dan cuba disogok dan diugut oleh Umno untuk menyertai Umno dan seterusnya mengundi usul tidak percaya untuk menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan. Pada awalnya kesemuanya bersetuju akan tetapi pada hari pengundian usul tersebut, 3 daripadanya menyertai PAS semula. Maka akhirnya Kerajaan PAS Kelantan selamat dari menghadapi usul undi tidak percaya tajaan Umno.


10. Pencapaian terburuk PAS Kelantan adalah ketika Pilihanraya Negeri 1978 (diadakan selepas darurat) apabila PAS hanya memperolehi 2 kerusi DUN iaitu Sering melalui Hj Nik Abdullah Arshad dan Manik Urai melalui Wan Abdullah Wan Su. Pada ketika ini, Umno sering menyindir PAS dengan menyebut PAS hanya tinggal Ă¢€˜ batu nesanĂ¢€™ di Kelantan. Inilah kali pertama Umno menguasai Kelantan setelah mengadakan pakatan dengan BERJASA pimpinan Dato Muhammad Nasir (bekas MB PAS Kelantan yang keluar PAS dan menubuhkan parti baru)

Disediakan Oleh Mahmud Abu Hanifa

No comments: